
Parti Bersatu Sabah
#Perjuangan 7

PEPERIKSAAN SIJIL BERSEPADU (UEC)
UEC
adalah peperiksaan seragam yang dikendalikan oleh kumpulan pendidikan Cina terkemuka, Dong Zong (Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) yang terdapat di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara ini.
Pada 1960-an, sekolah itu diswastakan setelah mereka memilih untuk mengekalkan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Pada masa ini UEC yang dilaksanakan di sekolah Cina di Sarawak menggesa pihak kerajaan agar memberikan pengiktirafan sijil tersebut agar diberikan peluang untuk memohon melanjutkan pengajian pelajar-pelajar Cina ke peringkat universiti. Pendirian PBS dalam isu ini amatlah jelas dengan memberikan sokongan padu agar sijil UEC ini dibenarkan memasuki perkhidmatan awam dan institusi pendidikan negeri memandangkan langkah ini juga diterima pakai oleh kerajaan Sarawak.

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Pemangku Presiden PBS
"..tidak ada sebab mengapa kelayakan UEC tidak diiktirafkan oleh kerajaan negeri Sabah. Lebih 300 universiti di seluruh dunia menerima pelajar UEC. Lebih dari 89 daripada 200 universiti teratas (seperti yang disediakan oleh penerbitan The Times) menerima pendaftaran graduan UEC untuk mengikuti pendidikan tinggi."
Menurut Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, perkara ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan global kelayakan pendidikan ini. Justeru, beliau menyarankan agar tidak timbul rasa ragu-ragu lagi mengenai pengiktirafan UEC ini.
Walau bagaimanapun, UEC yang diterima oleh khidmat awam persekutuan dan universiti awam, PBS bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan bahawa silibus untuk dua mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia dan Sejarah perlu disemak semula untuk memastikan ianya selari dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Pemangku Presiden PBS
"...saya tidak ragu-ragu bahawa pelajar Cina boleh lulus subjek Bahasa Malaysia tetapi ada keperluan untuk memastikan terdapat kandungan sejarah Malaysia yang mencukupi dalam sukatan Sejarah”.
Bagi merealisasikan perjuangan ini, PBS telah melaksanakan beberapa perkara penting termasukah menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan yang selanjutnya berkaitan isu tersebut dan mengejar perkara demi masyarakat Cina dan pelajar. Di samping itu, PBS juga menggesa Kementerian Pendidikan juga melibatkan Dong Jiao Zong dalam usaha mendapatkan kelayakan UEC yang diiktiraf. Inilah pendirian PBS dalam merealisasikan perjuangan ini agar dapat diambil perhatian yang sebaik mungkin untuk kepentingan orang Cina dan para pelajarnya.
Kekangan yang dihadapi kini ialah masih menunggu kajian dan penilaian yang dibuat terhadap UEC berhubung pengiktirafannya di peringkat kebangsaan. Hal ini kerana Menteri Pendidikan masih membuat kajian yang mendalam dan mengemukakan syor-syor berhubung kedudukan UEC yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Setelah syor tersebut disiapkan, barulah ianya akan dibawa kepada kabinet untuk diputuskan.