Tujuan Dan Matlamat

1

Untuk mempertahankan, memelihara dan menjamin amalan Demokrasi Berparlimen secara betul dan berkekalan.

2

Untuk menghormati dan mempertahankan martabat manusia.

3

Untuk memupuk muhibbah dan usaha ke arah mencapai keamanan, kemajuan, keharmonian dan persefahaman untuk memastikan proses integrasi dan perpaduan semua kaum di Malaysia, khususnya di Sabah.

4

Untuk mengekalkan dan melindungi hak-hak dan kepentingan Negeri Sabah di dalam Persekutuan Malaysia.

6

Untuk melindungi, mengekalkan dan mengembangkan adat resam, tradisi dan budaya semua rakyat di Sabah.

7

Untuk menentukan dan menjunjung tanpa syarat amalan kebebasan beragama.

9

Untuk menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara dalam ertikata yang sebenar dengan semangat kemuliaan.

10

Untuk bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik yang berdaftar di Malaysia yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama bagi memastikan dan menggalakkan perkembangan politik berparti yang sihat dan melaksanakan semua yang perlu selaras dengan matlamat dan objektif yang tersebut di atas ke pembentukan masyarakat yang adil, stabil, harmoni dan makmur.

5

Untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak keistimewaan Bumiputera tempatan serta semua kepentingan yang sah bagi warganegara Malaysia yang lain di Sabah.

8

Untuk meningkatkan kesedaran sebagai seorang warganegara Malaysia dan kesetiaan kepada Raja dan Negara.