TANAH ADAT

#Perjuangan 3

sangat penting dalam kalangan masyarakat. Isu pengeluaran geran tanah dalam kalangan penduduk orang asal di Sabah merupakan perkara yang selalu dipertikaikan. 

Kekangan yang dihadapi untuk menjayakan perjuangan ini ialah mengambil masa yang lama jika dilaksanakan oleh kerajaan negeri kerana kekurangan peruntukan. Ianya juga memerlukan kerjasama daripada ketua kampung kepada pasukan pengukur bagi menyelesaikan permohonan bertindih dan pengecualian kawasan tadahan hujan dan tanah rizab sungai. Ini merupakan pendirian dan perjuangan PBS untuk memastikan rakyat Sabah memiliki tanah adat seterusnya memiliki geran tanah mereka.

Menyedari akan perkara ini, kepimpinan PBS berjuang dengan memberikan saranan kepada Jabatan Tanah dan Ukur agar mempercepatkan pengeluaran geran tanah dan peka kepada aspirasi dan kepentingan rakyat tempatan berkaitan dengan permohonan tanah. Perkara ini perlu diselesaikan kerana PBS merasakan hak-hak rakyat orang asal perlu diperjuangkan kerana mereka mempunyai hak untuk memiliki tanah di negeri ini melalui tanah adat (customary right). Pemilikan geran tanah ini penting supaya penduduk kampung memperoleh hak ke atas tanah dan sekaligus memiliki tanah mereka. Di samping itu, hak penduduk kampung ke atas tanah mereka dapat mengelakkan sebarang kemungkinan pencerobohan dan perebutan tanah tidak akan timbul pada masa akan datang.  

Hal ini kerana sebilangan penduduk luar bandar Sabah masih belum mendapat geran tanah walaupun mereka sudah membuat permohonan dalam satu tempoh masa yang cukup lama. Hal ini lebih merumitkan lagi apabila permohonan geran tanah yang dipohon oleh penduduk kampung atau tanah pemilikan melalui “Native Customary Rights” seperti yang diperuntukkan oleh Ordinan Tanah tiba-tiba didapati telah dimiliki oleh syarikat-syarikat besar. 

Di bawah kepimpinan PBS yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili,

Pemilikan Tanah

"2,000 keluarga di Kota Marudu yang akan menerima manfaat menerusi program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri (PANTAS) kerajaan negeri Sabah yang akan melaksanakan kerja ukur tanah untuk hak milik geran komunal di sembilan kampung. Sejumlah 2,299 lot tanah telah diwujudkan di atas tanah seluas 6,000 hektar di mana setiap keluarga akan menerima tanah dengan keluasan maksimum 15 hektar."

Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan RM20 juta setahun untuk Sabah menerusi Jawatankuasa Teknikal Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dipengerusikannya bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun dan beliau sendiri melalui Jawatankuasa Penyelaras Program Tinjauan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR)

Pemangku Presiden PBS
Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Perjuangan Parti: