Simbol, Bendera dan Lagu 

SIMBOL PBS

Simbol dan lambang PBS menunjukkan dua tangan berjabat di atas peta negeri Sabah berwarna hijau dan dibentuk dengan garisan berwarna coklat di dalam segi empat. ​​

 

Warna merah melambangkan keberanian;

 

Bahagian tengah yang berwarna putih melambangkan kesucian dengan simbol dan lambang parti diletakkan; 

 

Warna biru melambangkan keamanan dan kesejahteraan.

 

Bendera PBS

LAGU PARTI

"Bersatu Dalam PBS"

Tanah Sabah, negeriku yang tercinta
Indahnya pemandangan alam
Dengan puncak Gunung Kinabalu
Di sana aku dilahirkan

Tanahku, negeriku
Yang harus dilindungi selamanya
Marilah kawan kita berikrar
Membela negeri Sabah

Marilah putra putri Sabah
Bersatu membangun negerimu
Di bawah naungan PBS
Parti untuk semua kaum

Marilah, semua
Kekalkan lah perpaduan bersama
Untuk membangun negeri tercinta
Melalui PBS