
Parti Bersatu Sabah
#Perjuangan 1

SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI)
ini ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dan menyiasat masalah kerakyatan dan kedatangan di negeri Sabah, Malaysia.
RCI
Penubuhan RCI adalah hasil daripada pandangan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional yang membabitkan kewarganegaraan, keselamatan, sosio-ekonomi, kesihatan dan politik. Ramai pihak yang menyambut baik penubuhan RCI ini lebih-lebih lagi kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang begitu sekian lama memperjuangkan penyelesaian masalah PATI di negeri Sabah ini.
Sememangnya, sejak 1980-an lagi PBS telah menyuarakan dan mendesak para pemimpin persekutuan tentang kewujudan pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan Malaysia kepada pendatang asing tanpa izin melalui Projek IC. Di samping itu, pada pilihan raya negeri 1985, PBS yang baru ditubuhkan itu dan dipimpin oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan amat lantang menyuarakan isu pendatang tanpa izin di Sabah agar dapat diselesaikan dan tidak pernah berhenti untuk memperjuangkan isu ini. Justeru, rakyat Sabah turut berbangga dan menghargai kepada kerajaan PBS kerana walaupun lewat menunggu isu ini diselesaikan tetapi suara PBS yang tidak berhenti menyuarakan isu ini akhirnya terjawab dengan tertubuhnya RCI untuk menangani masalah ini.
Selama 28 tahun PBS yang di bawah pimpinan Pairin berjuang agar isu ini diselesaikan akhirnya membuahkan hasil melalui penubuhan RCI ibarat mimpi menjadi kenyataan. PBS merupakan parti tempatan di Sabah yang sangat lantang memperjuangkan isu pendatang asing tanpa izin ini agar diselesaikan demi kesejahteraan hidup rakyat Sabah. Sampai hari ini, PBS di bawah pimpinan YB Tan Sri Joseph Pairin dan kini YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus J. Ongkili sebagai Pemangku Presiden PBS masih komited menjalankan tugas melalui Jawatankuasa Kerja Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah saranan-saranan yang dibuat jawatankuasa RCI kepada kerajaan persekutuan belum dicapai sepenuhnya.
"Usaha-usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu pendatang tanpa izin ini akan diteruskan. Bidang yang kerajaan perlu benar-benar beri tumpuan berhubung isu pendatang tanpa izin akan dilaksanakan supaya ia boleh diselesaikan secepat mungkin”.
YB Tan Sri Joseph Pairin

Presiden PBS
PBS sentiasa komited berjuang untuk menyeru kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk melaksanakan penarikan balik kad pengenalan yang telah diberikan kepada warga asing secara haram dan mengambil inisiatif yang baru dengan melaksanakan pemberian semula kad pengenalan baru kepada rakyat Sabah yang tulen. Menurut Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, menyatakan bahawa seruan ini adalah langkah untuk mengatasi masalah pendatang asing tanpa izin. Selain itu, seruan ini juga sebahagian daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai resolusi masalah pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah. Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili juga meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan cadangan RCI untuk mendaftarkan semula semua rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah demi kedaulatan wilayah Sabah dan keselamatan negara. PBS juga amat menyokong penuh semua cadangan RCI.
Kekangan yang dihadapi kini ialah walaupun sudah dibincangkan topik ini beberapa kali dan cadangan sudah ditetapkan tetapi belum tercapai dan diaksanakan sepenuhnya. Jawatankuasa RCI ditubuhkan untuk mengumpul maklumbalas dan menyediakan cadangan dan saranan mengenai langkah untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin susuan saranan yang dibuat dalam laporan RCI utama yang didedahkan pada 2014. Laporan yang amat dinantikan itu, bagaimanapun gagal untuk menyarankan penyelesaian dan sekadar menyarankan penubuhan dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tetap untuk melihat masalah ini. Sebagai Pengerusi dilantik untuk mempengerusikan Jatawankuasa Teknikal ini, Tan Sri Pairin telah menyerahkan segala saranan oleh Jawatankuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Tetap dengan mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat Sabah. Tindakan dan perlaksanaan ke atas saranan Jawatankuasa Teknikal ini sedang dinanti-nantikan dan bagi pihak PBS, mahukan supaya tidak segera dapat dilaksanakan secepat mungkin demi kebaikan negeri dan rakyat Sabah.