top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

PBS tubuhkan bahagian baharu di DUN Bengkoka


KOTA MARUDU, 19 Ogos, 2019:

Parti Bersatu Sabah bersedia untuk menjadi lebih kukuh dengan menubuhkan bahagian untuk kawasan baharu Bengkoka.


Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata bahagian baru itu dibentuk melalui kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi dan Pitas. 


"Berdasarkan gambaran tersebut, PBS bakal mempunyai 65 cawangan di kawasan baru, di mana 41 cawangan dipindahkan dari kawasan Banggi dan 24 lagi dari Pitas. 


"Komposisi kaum adalah 90 peratus Bumiputera, masing-masing mewakili masyarakat Islam dan bukan Islam," jelasnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian N1 Banggi di Kampung Limau Manis di Pitas, semalam. 


Sebagai sebab parti berbilang kaum, Ongkili menegaskan bahawa PBS secara tradisinya mempunyai pengikut kuat di Semenanjung Bengkoka dan mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi kawasan tersebut. 


Beliau menambah memandangkan wujudnya perasaan kecewa dan  ketidakpuasan hati di kalangan rakyat dengan prestasi dan kegagalan memenuhi janji pilihan raya oleh kerajaan Pakatan Harapan-Warisan, pengundi Bengkoka mengalu-alukan pilihanraya umum akan datang agar dapat memyumbangkan undi mereka mereka pada bila-bila masa.


"Parti ini kini aktif merekrut anggota baharu, terutamanya di kalangan golongan profesional untuk menerajui bahagian baru itu," katanya. 


Dalam mesyuarat itu, Ongkili telah menerima borang keahlian baharu ke Bahagian itu. 

3 views0 comments
bottom of page