top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

PBS: Jangan politikkan isu Covid-19


KOTA KINABALU, 23 April 2020:

Ketepikan bermain politik, terutama ketika Malaysia berjuang membendung penularan wabak virus Covid-19 yang boleh membawa maut.


Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Christopher Mandut, mengingatkan Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong, serta menyifatkan kenyataannya baru-baru ini yang menuduh enam orang menteri Sabah di Kabinet Persekutuan tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat Sabah sebagai "tidak berasas dan sama sekali tidak bertanggungjawab".


Liew, dalam sebuah kenyataan yang dipetik dari akhbar tempatan (See Hua Daily News), mendakwa bahawa menteri persekutuan dari Sabah tidak banyak membantu rakyat Sabah yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Kerajaan Persekutuan telah dam sedang berusaha membantu setiap rakyat Malaysia yang terkena impak Covid-19, tanpa mengira kawasan atau latar belakang politik.


"Bantuan ini datang dalam bentuk pengeluaran tunai melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk keluarga berpendapatan rendah, bantuan wang untuk pelajar dan petugas barisan hadapan, subsidi gaji untuk para pekerja dan bantuan kewangan yang lain untuk PKS/IKS dan perkhidmatan profesional adalah bukti sokongan Kerajaan Persekutuan untuk semua lapisan masyarakat, termasuk rakyat Sabah, ”jelasnya.


Mandut, yang juga Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, mengatakan bahawa di bawah Tahap 1 Pakej Rangsangan Covid-19, sejumlah RM130 juta telah dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan  ke semua negeri, termasuk RM10 juta untuk Sabah.


"Namun, tidak diketahui sekiranya dana tersebut digunakan untuk membantu rakyat Sabah yang terkena impak Covid-19," katanya, sambil menambah bahawa sebaliknya, Kerajaan Negeri pimpinan Warisan yang bermain politik.


Beliau mwnambah  bahawa semua bantuan makanan oleh kerajaan pimpinan Parti Warisan berjumlah sekitar RM100 juta diedarkan melalui ADUN oleh jentera politik mereka, melalui Unit Pemimpin Pembangunan Rakyat (UPPM).


"Ada laporan yang disahkan bahawa di peringkat daerah dan kampung, hanya penyokong Warisan yang diberi bantuan bekalan makanan, Kerajaan Persekutuan datang dan memberikan geran khas kepada Jabatan Kebajikan dan Anggota Parlimennya untuk mengurus keluarga berpendapatan rendah yang tercicir dari senarai pengagihan bantuan oleh pemimpin Warisan," tegas Mandut.


Menyentuh bantuan untuk pelajar di institusi pembelajaran swasta dan awam yang dijanjikan kepada pelajar dan pekerja Sabahan di Semenanjung Malaysia hanya sekadar janji.


Mandut  menambah bahawa beberapa pegawai perhubungan pemimpin kerajaan negeri Sabah di Kuala Lumpur tidak dapat dihubungi.


Malahan ada yang mendakwa ianya disengajakan, mungkin untuk mengelakkan orang Sabah meminta pertolongan.


Manakala di pihak Perikatan Nasional pula, ahli parlimen berusaha membantu rakyat  dikawasan masing-masing yang terjejas oleh Covid-19.


 “Jadi, pemimpin Warisan harus melihat diri mereka di cermin terlebih dahulu, berhenti menuding jari dan menyalahkan pihak lain.  Lebih baik fokus untuk menolong rakyat Sabah tulen yang terkesan sepanjang tempoh PKP, tanpa mengira bangsa dan latar belakang politik.


 "Jika para pemimpin Warisan ingin membuktikan bahawa mereka tidak mampu memimpin negeri, anda boleh teruskan permainan politik  anda," tambahnya

0 views0 comments
bottom of page