top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

PBS Bahagian N28 Sindumin beri sokongan berterusan kepada Presiden Parti


DONGONGGON, 8 Feb, 2020:

Parti Bersatu Sabah Bahagian Sindumin masih utuh meskipun mantan Ketua Bahagian merangkap Timbalan Presiden Datuk Jamilah Sulaiman mengumumkan perletakkan jawatan dari parti baru-baru ini.


Diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Rasul @ Rajol Kapulin, seramai sembilan ahli  jawatankuasa dan enam orang ahli PBS N28 Sindumin telah memberikan sokongan kepada Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.


Jamilah, pada Isnin lalu, mengumumkan keputusannya untuk keluar dari PBS dan melepaskan semua jawatan dalam parti.


Beliau mendakwa kehilangan keyakinan terhadap presiden parti, yang dikatakannya tidak konsisten.


"Ini adalah keputusan beliau sendiri (untuk keluar dari PBS), tetapi kami tetap setia kepada Parti dan akan bekerja keras untuk mengukuhkan lagi parti di Bahagian Sindumin," katanya.


Beliau menambah bahawa mereka tidak pernah meletak jawatan dan keluar dari parti, seperti yang didakwa oleh Jamilah.


"Kami turut menyatakan sokongan yang berterusan kepada Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dan akan meneruskan perjuangan teras parti untuk kebaikan rakyat dan negeri Sabah," katanya.


Rasul juga mengetuai ahli jawatankuasa dalam menyerahkan surat ikrar yang telah ditandatangani kepada Ongkili selepas Mesyuarat Biro Politik PBS di ibu pejabat parti, di sini, hari ini.


Empat orang lagi tidak dapat hadir ke perjumpaan semalam namun telah menyatakan sokongan tidak berbelah bagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada kepimpinan tertinggi PBS.

1 view0 comments
bottom of page