top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

Ongkili gesa percepatkan penilaian kerugian akibat banjir kilat di Kota Marudu


Kota Marudu, 29 Jun 2020,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili menggesa ketua-ketua Jabatan agar mempercepatkan proses penilaian jumlah kerugian dan keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir kilat baru- baru ini. 


Beliau berkata sejumlah tujuh buah kampung di kawasan Parlimen P168 Kota Marudu telah terjejas. 


" Diantaranya, Kampung Pancur, Kampung Taiwan, Kampung Taginambur, Kampung Pekan Lama, Kampung Marudu Laut Kampung Kandawayon dan Kampung Sungoi Laut," katanya selepas mendengar taklimat situasi bencana di bilik gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu, disini, hari ini. 

Beliau seterusnya melawat  lokasi bencana banjir kilat di Kampung Sungoi Laut, salah satu kampung yang terjejas akibat banjir kilat.


Ongkili turut menggesa Jabatan Kebajikan agar mempercepatkan penghantaran bantuan makanan kepada mangsa-mangsa yang telah kehilangan rumah dan  kerosakan harta benda. 


"Disamping itu, Pejabat Parlimen P168 Kota Marudu akan menyampaikan bantuan kewangan kepada dua buah keluarga yang kehilangan rumah mereka dan 25 buah keluarga yang mana rumah mereka mengalami kerosakan teruk akibat banjir kilat di Kampung Sungoi Laut. 


Hadir sama dalam lawatan tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADUN) Matunggong Julita Majungki, Pengawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi , Ketua Persuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM, YAS KPJ (PA) Datuk Roslan Wahab, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggung, Francis Chong dan wakil-wakil Jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kerja Raya dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

21 views0 comments
bottom of page