top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

Kenyataan Ketua Bahagian Umno Kota Belud mengelirukan: Mandut


KOTA KINABALU, 20 Ogos, 2019:

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Christopher Mandut hari menyatakan kekeliruannya terhadap kenyataan Ketua Umno Kota Belud, Fadli Juanas. 


Dalam kenyataan tersebut, Fadli menggesa PBS untuk menumpukan perhatian untuk merampas semua kerusi yang kalah pada pilihan raya umum yang lepas sebelum mempertimbangkan untuk bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri yang baru diluluskan. 


"Ia sangat membingungkan kerana seperti yang diketahui PBS adalah satu-satunya parti berbilang kaum di Sabah, dan saya percaya parti ini sesuai untuk bertanding mana-mana kerusi, termasuk di kawasan Bumiputra Muslim dan Cina," kata Mandut dalam satu kenyataan hari ini. 


Beliau menambah kenyataan Fadli tidak bertempat kerana PBS bukan lagi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN), oleh itu keputusan Parti ini tidak ada kaitan dengan Umno.


"PBS kini bergerak sendiri, oleh itu parti lain tidak berhak untuk menentukan mana Parti ini boleh dan tidak boleh tanding," katanya.


Beliau menambah sebelum masuk campur dalam hal-hal PBS, Fadli harus terlebih dahulu menggesa partinya mendengar nasihat beliau sendiri.


"Umno Sabah juga telah kehilangan banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu. Disebabkan itu, mereka juga perlu fokus untuk memenangi semula kerusi- kerusi tersebut," ujar beliau.


Katanya, PBS bekerja keras untuk merapatkan hubungan silaturahim bersama akar umbi, sambil menambah Pergerakan Pemuda akan bergerak lebih agresif untuk mempromosikan Parti kepada generasi muda berikutan keputusan kerajaan baru-baru ini membolehkan belia berumur 18 tahun untuk mengundi pada pilihan raya akan datang. 


"Ini akan menjadi tumpuan kami. Pergerakan Pemuda PBS akan menjelajah seluruh Sabah untuk beramah mesra bersama para pengundi muda," kata Mandut.

5 views0 comments
bottom of page