top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

Julita gesa KPI jelas isu air keruh di Matunggong


MATUNGGONG, 17 Okt, 2019:

Kementerian Pembangunan Infrastruktur perlu menjelaskan kepada rakyat di sini mengenai kualiti air, yang penduduknya mendakwa "keruh daripada sebelumnya".


Mengakui terdapat krisis air yang berlaku sebelum ini, wakil rakyatnya, Julita Majungki, hari ini, mengatakan kualiti air di daerah itu semakin teruk, terutamanya sejak Kerajaan yang dipimpin oleh Warisan menamatkan kontrak enam syarikat yang mengendalikan 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah berkuat kuasa 15 Jan tahun ini  .


"Kami menuntut penjelasan dari Kementerian ... kenapa air semakin keruh?  Ya, kami akui  krisis air wujud sejak dulu, tetapi keadaannya menjadi semakin sejak kontrak untuk mengoperasikan 58 LRA ditamatkan. Kawasan kami turut terjejas.


"Penduduk kampung ingin tahu apa sebab utama krisis air sekarang, terutamanya di Empangan Milau dalam beberapa bulan yang lalu.  Airnya menjadi coklat gelap sejak sebulan lalu, "kata Majungki.


Beliau juga mempersoalkan sekiranya keadaan itu menjadi lebih teruk kerana loji rawatan air dikendalikan oleh orang yang tidak berpengalaman atau peralatan yang rosak, dan mungkin perkara ini hanya diketahui Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).


"Oleh itu, kami berharap pihak berkuasa yang berkaitan akan memberikan penjelasan kepada kami kerana kesihatan penduduk kampung menjadi taruhan," katanya.


Pada Disember tahun lepas, Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony berkata keputusan yang dibuat melalui mesyuarat kabinet adalah kerana kerajaan tidak mampu membayar kos yang dikenakan oleh semua syarikat kerana kadarnya terlalu tinggi.


Beliau berkata keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kekangan kewangan daripada kerajaan, sambil menambah bahawa semua tanggungjawab operasi dan penyelenggaraan loji akan diambil alih oleh JANS.




60 views0 comments
bottom of page