top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

JARINGAN LANDASAN KERETA API ATAU INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR? 


KOTA KINABALU, 6 Ogos 2019:

Seorang pemimpin pembangkang mengesa Kerajaan Negeri untuk menunda cadangan projek berbilion ringgit pembinaan jaringan landasan kereta api menghubungkan Kudat dan Kota Kinabalu.


Sebaliknya, Adun Kiulu (PBS) Datuk Joniston Bangkuai berkata keutamaan seharusnya diberikan untuk membina dan memperbaiki infrastruktur luar bandar di negeri ini.


"Saya tidak mengatakan projek ini (jaringan landasan kereta api) tidak baik, tetapi saya percaya peruntukan RM5.2 bilion ini lebih elok digunakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar," katanya sambil menambah bahawa beliau percaya tidak ada sebab untuk mengutamakan pembinaan jaringan rel, memandangkan Kudat termasuk dalam projek lebuh raya Pan Borneo, yang mana sedang dalam pembinaan.


Terdahulu, Bangkuai mempersoalkan rasional Kerajaan Negeri membelanjakan berbilion ringgit untuk pembinaan rel kereta api apabila pembangunan infrastruktur di kawasan pedalaman masih banyak yang perlu dibina.


Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang menjawab soalan tambahan Bangkuai semasa persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini berkata tender bagi kajian kemungkinan projek akan ditawarkan dalam masa tertekan.


Kajian kemungkinan tersebut dijangka siap dalam tempoh setahun dengan kos mencecah RM2 juta.


Menjelaskan perkara itu, Bangkuai berkata ia akan selaras dengan penekanan kerajaan Warisan untuk mewujudkan pembangunan seimbangan.


"Apa gunanya mempunyai jaringan landasan kereta api yang mencecah berbilion ringgit tetapi keadaan jalan raya di kawasan pedalaman berada dalam keadaan buruk, makanan masih ramai penduduk luar bandar memerlukan bekalan air bersih?" katanya sambil mengambil kawasan Kiulu sebagai contoh dimana beliau menegaskan keperluan untuk membina dan menaik taraf infrastruktur luar bandar.


Beliau berkata sekurang-kurangnya terdapat 100 km jalan luar bandar di Kiulu memerlukan pembaikan dan kerja-kerja naiktaraf dengan segera, sambil menambah akses kepada air bersih merupakan satu lagi masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan kampung di Kiulu.


"Bayangkan kampung berhampiran dengan jalan utama seperti Kg Bakut Muhibbah menghadapi masalah bekalan air bersih... jadi soalan saya adalah bagaimana ia akan selaras dengan aspirasi Ketua Menteri untuk pembangunan seimbang di Sabah?" katanya.

6 views0 comments
bottom of page