top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

Edwin dan Paulinus sertai PBS, sumbang pengalaman untuk memperkukuhkan parti tempatan



PENAMPANG: Selepas berpuluh-puluh tahun berjuang di bawah ‘parti politik’ yang diimpot, ahli politik kanan Dr Edwin Bosi akhirnyamemutuskanuntuk ‘kembali ke pengkuan’ Parti Bersatu Sabah (PBS).

Menyifatkan PBS sebagai pilihan nombor satu keluarganya, doktor haiwan berusia 62 tahun itu berkata keputusannya sematamata untuk membantu mengukuhkan parti.

“Saya hanya mahu menyumbang kepada parti, saya pernah menjadi YB (Yang Berhormat) sebelum ini, saya telah melakukannya... jadi ia bukan niat saya (untuk diletakkan sebagai calon).

“Apabila saya memaklumkan kepada keluarga saya mengenai keputusan ini, saya memberitahu mereka bahawa saya akan `balik kampung’, mereka sangat gembira dengan mengatakan ia adalah langkah yang baik, kembali kepada akar kita, parti politik ibu bapa kita,” katanya.

Edwin, yang merupakan timbalan presiden Parti Anak Negeri (PAN) dan sebelum ini bersama PKR dan DAP, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, bersama Ketua Pemuda PAN Paulinus Miun dalam majlis sederhana di ibu pejabat PBS, di sini, kelmarin, disaksikan oleh pemimpin tertinggi parti itu.

Edwin berkata, beliau telah mengutarakan idea itu selepas berbual dengan Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim dan Ketua Penerangan Datuk Joniston Bangkuai.

“Saya berjanji kepada mereka (Jahid dan Joniston) untuk menyertai PBS dan menyumbang kepada parti. Saya seorang ahli politik berpengalaman dengan latar belakang berkhidmat kepada parti-parti politik yang berpangkalan di Semenanjung,” katanya.

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum 2013 merupakan wakil rakyat yang vokal.

Beliau keluar dari DAP menjelang PRU-14 untuk menyertai PAN dan bertanding di kerusi Parlimen Penampang tetapi tewas.

Paulinus, yang merupakan seorang peguam, menyatakan kegembiraan ke atas keahliannyadanmemberitahu bahawa ibu bapanya adalah penyokong kuat PBS.

Beliau melibatkan diri dalam dua parti politik, pertama sewaktu sebagai seorang siswazah sebelum bersama PAN selama setahun, tetapi menyedari bahawa PBS sentiasa berada di dalam hatinya.

“Saya hanya didedah kepada PBS oleh ibu bapa saya. Jadi, tidak hairanlah sebelum saya menyertai parti lain, hati saya sentiasa bersama PBS.

“Saya gembira kerana akhirnya sekarang saya dapat berkhidmat dengan PBS dan meneruskan perjuangan parti ini,” katanya.

Maximus dalam ucapannya mengalu-alukan penyertaan Bosi dan Paulinus ke dalam PBS, dan percaya mereka akan dapat menyumbang pengalaman mereka kepada parti itu.

“Sekarang mereka ada bersama kita dalam parti ini, untuk bersama-sama mengukuhkan PBS di peringkat kepimpinan dan akar umbi. Kita mesti kembalikan Sabah seperti dahulu.

“Kami mengalu-alukan mereka ke dalam PBS dan berharap lebih ramai akan mengikuti jejak mereka. Pintu PBS sentiasa terbuka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Maximus berkata Hari Merdeka yang baru berakhir bukanlah satu perayaan, terutama dalam konteks kerajaan sekarang.

“Tidak ada apa-apa untuk disanjungi, selepas 15 bulan berkuasa, kita tidak melihat apa-apa perkembangan konkrit. Rakyat kecewa... semua yang mereka boleh tawarkan adalah janji-janji kosong,” katanya. -utusan borneo

0 views0 comments
bottom of page