top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

DATIN MALIANAH UGAU, PEMANGKU KETUA WANITA PBS


PENAMPANG: Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) sebulat suara memilih Datin Malianah Ugau sebagai pemangku Ketua Wanita.

Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat khas dengan pergerakan tersebut semalam.

Dalam ucapannya, Dr Maximus mengulangi  kekecewaan beliau dengan tindakan Adun Tandek, Datuk Anita Baranting meninggalkan PBS untuk menyertai Parti Warisan Sabah. Lebih-lebih lagi, Anita keluar hanya satu hari selepas PBS meraihkan ulangtahun ke-34 baru-baru ini.

Beliau meminta agar para “pejuang” wanita PBS supaya jangan bersedih dan terus berpegang teguh kepada perjuangan.

“Perjuangan kita masih jauh dan masih terlalu banyak perlu kita lakukan. Kita mungkin kehilangan seorang pemimpin namun bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang berganti,” katanya. Sementara itu Malianah yang adalah isteri kepada Setiausaha Agung PBS merangkap Adun Tamparuli Datuk Jahid Jahim dalam ucapannya berjanji untuk terus berjuang dan berpegang teguh kepada objektif parti.

“Saya bangga dan amat berterimakasih dengan peluang ini. Saya berikrar akan bekerja keras demi memperkuatkan lagi sayap Wanita PBS.

“Kami memberi jaminan kepada presiden dan pucuk pimpinan parti bahawa kami akan terus berada di sini…apa mahu lari bosku,” katanya.-SabahNewsToday




23 views0 comments
bottom of page