top of page
Search
  • Writer's pictureAdmin

Adun Sabah persoal peruntukan tambahan RM3.45 juta untuk pingat


PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat PBS mempersoalkan kewajaran peruntukan tambahan RM3.45 juta untuk pembelian pingat anugerah negeri sempena sambutan hari lahir Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Menekankan perbelanjaan berhemah, Adun Kiulu Joniston Bangkuai mendapati peruntukan sejumlah RM1.5 juta telah pun diluluskan untuk tujuan tersebut pada awal tahun ini.

“Adakah ini bermakna lebih ramai individu yang berkelayakan akan diberi penghormatan negeri?” katanya ketika membahaskan rang undang-undang bekalan tambahan 2019.

Jika benar, beliau berharap lebih ramai pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi seperti ketua masyarakat Orang Asal dan ketua kampung dipertimbangkan untuk anugerah negeri sebagai pengiktirafan perkhidmatan mereka. Sementara itu, memetik laporan berkenaan kelulusan RM1 juta sebagai peruntukan pembinaan bangunan Gereja St Theresa oleh Ketua Menteri Shafie Apdal semasa lawatan ke Tambunan baru-baru, Bangkuai berharap kerajaan negeri turut mengkaji semula permintaan untuk memberi subsidi elaun bagi para mubaligh seperti paderi dan pastor.-Free Malaysia Today

3 views0 comments
bottom of page