top of page

 #Perjuangan 2 

PERKONGSIAN KUASA

PBS

menyertai semula Barisan Nasional (BN) pada 23 Januari 2002. Semenjak penyertaan semula, parti ini telah memperolehi banyak kejayaan dalam Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan negeri Sabah. 

PBS menyertai BN kerana menyedari perjuangan BN seiring dengan perjuangan PBS untuk membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri Sabah. Penyertaan tersebut membolehkan PBS memiliki perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional dan dapat memainkan peranan yang lebih baik serta mempunyai peluang untuk menyalurkan pelbagai bantuan dan pembangunan kepada rakyat Sabah serta ahli-ahli parti. Ini bermakna, wujudnya konsep perkongsian kuasa PBS dalam BN. Perkongsian kuasa ini membolehkan kerajaan hari ini dapat bertahan lebih lama dalam perjuangannya yang mengutamakan kepentingan semua kaum melalui konsep perkongsian kuasa bersama-sama kaum lain di negeri Sabah. 

Datuk Musa Haji Aman
Ketua Menteri Sabah

Kita tidak tamak tapi boleh berkongsi kuasa antara UMNO dan parti-parti komponen BN yang lain. Kita sedar dengan tanggungjawab berkenaan kerana tiada satu pun parti di Sabah namun dengan adanya perkongsian kuasa ini membolehkan UMNO yang menjadi nadi kekuatan kepada kerajaan BN terus mendapat kepercayaan rakyat sebagai parti pemerintah”.

Selepas itu, beberapa pemimpin PBS dilantik dalam beberapa jawatan dalam kerajaan sejajar dengan semangat perkongsian kuasa dalam BN. Kita haruslah bersyukur dengan kerajaan pusat yang telah diterajui oleh Perdana Menteri dan kerajaan negeri yang telah dipimpin oleh ketua menteri kerana memberikan kita peluang untuk sama-sama dalam kabinet kerajaan. 

Melalui perkongsian kuasa PBS dalam BN ini membolehkan kita dapat menyalurkan segala permasalahan dan aspirasi rakyat dalam negeri secara langsung kepada kerajaan dan mendapat maklumbalas yang cepat. Dalam perkongsian kuasa ini, sememangnya pemimpin PBS sentiasa mengambil teliti dan perhatian agar kuasa yang dikongsi ini dapat dinikmati dengan adil dan saksama oleh semua warganegara. PBS begitu komited untuk mendengar keluhan-keluhan dalam kalangan ahli kerana tidak diberikan perhatian dalam perlantikan jawatan politik diperingkat akar umbi, kenaikan pangkat dan peluang-peluang latihan dengan mengambil inisiatif menyeru pemimpin-pemimpin dalam kerajaan untuk mengkaji lebih teliti.

Pendirian PBS dalam hal ini adalah sangat jelas dengan memastikan semua rakyat yang rasa terpinggir, diketepikan, dinafikan hak-hak mereka dan peluang yang wajib haruslah dikembalikan kepada mereka. PBS juga berjuang supaya tidak ada kelompok-kelompok tertentu yang cenderung memonopoli peluang-peluang yang ada dan tidak bertimbang rasa kepada keperluan dan kepentingan warga yang lain dalam negara kita Malaysia. Selain itu, penyertaan PBS dalam BN telah mewujudkan kestabilan politik, kemajuan, dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negeri Sabah.

Perjuangan Parti:

bottom of page