#Sejarah PBS 5

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Perjuangan

PBS

belum selesai dan tidak akan berakhir malah ia akan berkesinambungan di sebabkan sokongan padu oleh rakyat Sabah sehingga hari ini. Sebagaimana obor Parti dapat dinyalakan sejak pada 32 tahun dahulu ia akan  berterusan sehingga generasi akan datang. 

PBS tidak pernah pudar. Ia akan terus berjuang dan berpegang kukuh kepada perjuangan asal parti, terutama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Bagi merealisasikan perjuangan PBS dalam memastikan hak Sabah dikembalikan, pelbagai usaha telah dilaksanakan. 

 

Pada awal Oktober 2016, Pemangku Presiden PBS, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Maximus J. Ongkili mengumumkan penubuhan tiga Jawatankuasa Tertinggi mengenai Borneonisasi, Penurunan Kuasa dan Kajian Sejarah Pembentukan Malaysia. Objektif penubuhan jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji hak-hak Sabah sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan tujuan mempertahankan yang masih ada dan mengembalikan semula apa yang telah terhakis. Manakala objektif kajian semula sejarah penubuhan Malaysia ialah untuk memasukkan sejarah ini ke dalam silibus pelajaran sekolah Malaysia. 

Datuk Seri Dr Maximus menjelaskan bahawa ketiga-tiga isu ini menjadi topik perbincangan yang tidak berkesudahan dan digunakan oleh sesetengah pihak terutama sekali pihak pembangkang  untuk mengelirukan rakyat. Dalam pengumuman itu, Dr Maximus Ongkili juga memberikan saranan kepada rakyat Sabah hampir supaya berganding bahu mempertahankan hak-hak Sabah seperti yang tersenarai dalam dokumen-dokumen berkenaan seperti Perkara 20, Inter-Governmental Committee (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 semasa pembentukan Malaysia.

 

Pada masa yang sama, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia juga membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Memahami Perjanjian Malaysia 1963” dalam seminar PBS agar perkara ini dapat difahami oleh segenap lapisan rakyat Sabah dengan jelas. Seminar seperti, ini membuktikan bahawa PBS masih dan sentiasa berpegang kepada perjuangan asalnya sehingga hari ini terutama sekali hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

 

Jawatankuasa utama mengenai penurunan kuasa akan diketuai oleh Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Naib Presiden Kanan PBS Datuk Radin Malleh pula akan mempengerusikan jawatankuasa peringkat tertinggi mengenai Borneonisasi. Jawatankuasa kajian sejarah pembentukan Malaysia adalah diketuai oleh YB Datuk Mary Yap, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.  Ketiga-tiga jawatankuasa ini disokong oleh pasukan teknikal yang terdiri daripada ahli-ahli politik kanan dan peguam parti yang arif dalam pelbagai bidang serta bekas kakitangan awam kanan yang ditugaskan untuk menjalankan kajian dan menganalisis isu-isu berkaitan.

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa yang ditubuhkan ini juga akan bertindak untuk mencadangkan penyelesaian yang akan dikemukakan kepada kepimpinan parti dan seterusnya diajukan kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk ditelitikan. Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang ditugaskan untuk menjalankan tugas sebagai presiden parti menyatakan bahawa jawatankuasa akan mengkaji apa yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 berkaitan dengan isu isu tersebut dan mengesyorkan tindakan remedi.

Datuk Seri  Panglima Radin Malleh

Pengerusi

Jawatankuasa Penurunan Kuasa

Datuk Seri  Panglima Dr Maximus Ongkili

Pengerusi

Jawatankuasa Penurunan Kuasa

Datuk Mary Yap

Pengerusi

Jawatankuasa Kajian Sejarah Pembentukan Malaysia

Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Pemangku Presiden PBS

"..adalah lebih penting untuk mengkaji perkara-perkara yang dijanjikan dalam PERJANJIAN BORNEONISASI untuk memastikan penglibatan optimum masyarakat di Sabah, terutama penduduk pribumi dalam perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkaitan kenaikan pangkat, pemberian biasiswa dan latihan."

Petikan kata-kata Datuk Seri Dr Maximus Ongkili ini sudah cukup memberikan gambaran yang jelas kepada rakyat Sabah bahawa PBS sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai parti tempatan di Sabah yang sentiasa memperjuangkan hak-hak Sabah supaya hak yang masih ada terus dipertahankan dan berusaha mengembalikan hak yang sudah terhakis di Sabah secara berterusan.