top of page

#SejarahPBS 1

LATAR BELAKANG PARTI 

PBS

sudah bertapak di bumi Sabah ini sejak 32 tahun yang lalu atau 3 dekad. Kemunculan PBS adalah daripada wawasan Yang Berhormat Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang tercetus apabila mengambil tindakan timbul daripada permintaan dan kehendak rakyat jelata.

Penubuhan PBS bermula dengan sebelas orang (11) orang tokoh politik yang diketuai oleh Tan Sri Pairin. Mereka telah menandatangani satu memorandum ikrar taat setia persetujuan untuk membentuk satu badan politik yang baru di SabahPerlunya untuk menubuhkan sebuah badan politik ini kerana berpunca daripada keluhan dan sentimen rakyat jelata Sabah berkenaan dengan perkara-perkara seperti berikut:

 

  • Menyahut rintihan, seruan dan permintaan yang semakin lantang secara terbuka kedengaran daripada rakyat jelata. Ianya adalah kehendak rakyat, satu laungan mahukan perubahan pemerintahan yang ada pada ketika itu.

 

  • Perasaan dan keluhan rakyat akibat daripada tekanan-tekanan dari kerajaan pemerintah iaitu Kerajaan BERJAYA.

  • Menangani isu yang hangat ketika itu seperti kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), ketidakseimbangan dari segi pembangunan infrastruktur, pembahagian kemudahan biasiswa, penambahan royalti minyak Sabah, pengisian jawatan-jawatan di pejabat-pejabat kerajaan dan agensi kerajaan, pelanggaran hak-hak rakyat Sabah seperti yang mana tersenarai dalam dokumen-dokumen penubuhan Malaysia yang termasuk Malaysia Consultative Committee (MSCC), Cobbold Commission Perkara 20, Inter Governmental Committee (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963. Perkara-perkara ini adalah teras perjuangan PBS yang juga dimasukkan antara satu daripada objektif parti.

  • Percubaan untuk menjadikan Pesta Kaamatan sebagai Pesta Rakyat dan juga menukar panggilan Bumiputera kepada Pribumi telah ditentang oleh majoriti rakyat jelata Sabah. Berhubung dengan Pesta Kaamatan ini, sebuah perayaan Pesta Kaamatan telah diadakan di kawasan tanah lapang berhampiran dengan tebing Sungai Pagalan di Tambunan pada 29hb Jun tahun 1982 yang dihadiri daripada beribu-ribu rakyat Sabah yang dengan sendirinya berduyun-duyun datang merayakan Pesta Kaamatan berkenaan. Perayaan itu diadakan oleh sebab Perayaan Kaamatan Negeri yang dinamakan sebagai Pesta Rakyat Negeri, telah diadakan di Keningau, setelah rakyat telah tidak berpuas hati.

 

  • Ini semua ini amat dirasai sesudah tempoh penggal kedua pemerintahan Berjaya, iaitu sesudah pilihanraya umum negeri tahun 1981. Oleh sebab Parti BERJAYA telah mendapat mandat yang lebih besar daripada tahun 1976, maka ia telah mula angkuh dan sudah memang lebih mirip kepada berpemerintahan apa yang dikatakan sebagai “diktator”. Meritokrasi di ganti dengan pilih kasih, kehendak rakyat langsung diketepikan.

 

Sesungguhnya, banyak lagi keluhan yang sering lantang didengari daripada kalangan masyarakat majmuk.

YB Tan Sri Joseph Pairin
Presiden PBS

Semasa Kongres Pertama PBS pada tahun 1986, Presiden PBS, Tan Sri Pairin (ketika ini sudah menjawat Ketua Menteri), dalam ucapannya menjelaskan bahawa PBS didirikan untuk mengutarakan konsep politik berbilang kaum dan berusaha melindungi martabat manusia.

"PBS didirikan untuk:

  1. Untuk menggantikan kerajaan BERJAYA yang telah melencong dari janji-janji yang dibuat dalam pilihanraya tahun 1976, bila mana waktu parti  BERJAYA telah di pilih menjadi Kerajaan Negeri Sabah.

  2. Untuk meneruskan tugas-tugas utama kerajaan yang telah diabaikan oleh Kerajaan BERJAYA, dan mengembalikan semula falsafah pembangunan negeri ke landasan yang benar.

  3. Untuk mewujudkan kembali keharmonian kaum dan toleransi agama yang telah terancam di bawah Kerajaan BERJAYA.

  4. Untuk memelihara maruah manusia dan mengembalikan layan saksama secara rata bagi setiap warganegara di negeri Sabah.

  5. Untuk menghentikan apa jua tindakan-tindakan yang tidak mematuhi lunas-lunas demokrasi.

  6. Untuk menyelamatkan ekonomi negeri Sabah daripada terus merosot dan dibebankan dengan hutang."

Itulah landasan, mengapa Parti Bersatu Sabah harus didirikan di negeri Sabah secepat yang mungkin pada waktu itu.

bottom of page