ISU KESELAMATAN

#Perjuangan 5

PBS

Kekangan yang sedang dihadapi kini ialah walaupun pebagai usaha sudah dilaksanakan namun masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab membawa masuk pendatang tanpa izin melalui jalan tikus ke negeri ini untuk bekerja tanpa membawa passport yang sah. Akibatnya, lambakan PTI di dalam negeri ini menyumbang kepada berlakunya peningkatan gejala sosial yang tidak baik dan mengancam keselamatan rakyat kita.

Pada masa ini, Pairin menyeru kerajaan persekutuan agar memberikan pertimbangan dan perhatian yang serius untuk mengambil kira semua pandangan sama ada melalui laporan RCI atau akhbar yang menekankan keselamatan rakyat di Sabah. Pairin juga menekankan gesaan bagi rakyat Sabah untuk diberi kad pengenalan (IC) yang baru. Pertimbangan yang strategik ini perlu diambil untuk memisahkan pendatang tanpa izin atau bukan warganegara daripada warganegara sah. 

sangat memandang serius terhadap isu keselamatan negeri Sabah agar terjamin daripada segala ancaman luar untuk menjamin keamanan rakyat di negeri ini. 

Pendirian PBS tentang isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) ini sangat jelas untuk memperjuangkan penyelesaian masalah PTI ini sejak penubuhannya pada tahun 1985 sehingga hari ini. Presiden Parti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan, seringkali memperingatkan bahawa sejak dahulu lagi PBS sentiasa proaktif apabila menyentuh isu ini. Bagi merealisasikan perjuangan ini, PBS banyak mengemukakan cadangan-cadangan dan tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah PTI. PBS juga menawarkan diri untuk bekerjasama dengan berkongsi makumat dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan agar masalah ini dapat diselesaikan.

"Jika ada apa-apa yang penting saya fikir perlu dikemukakan kepada kerajaan dalam konteks memastikan keamanan dan keselamatan rantau kita dan melindungi kedaulatan dan kepentingan rakyat Sabah, saya tidak akan MENEKAN BREK tapi akan mengemukakannya kepada pihak berkuasa berkenaan semua pandangan itu untuk pertimbangan kerajaan”.

YB Tan Sri Joseph Pairin
Presiden PBS

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili juga meminta kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan cadangan RCI untuk mendaftarkan semula semua rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah demi kedaulatan wilayah Sabah dan keselamatan negara terjamin. Kelantangan PBS dalam memperjuangkan isu PTI masih ada dengan mencadangkan agar dilaksanakan pembatalan kad pengenaan palsu di Sabah yang disuarakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin utama PBS iaitu Pairin dan Maximus agar isu ini mendapat sokongan setelah diusulkan kepada kerajaan persekutuan. 

Perjuangan Parti: