top of page

 #Perjuangan 8 

DASAR KABOTAJ

Dasar

Kabotaj

adalah dasar perkapalan yang akan mewajibkan kapal membawa barangan ke Sabah dan Sarawak berlabuh di Pelabuhan Klang untuk memindahkan barangan ke kapal lain sebelum meneruskan pelayaran. Pelaksanaan dasar kabotaj selama ini telah mempengaruhi kenaikan harga barangan di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

PBS juga sentiasa menegakkan pendirian yang tegas dalam memperjuangkan dasar kabotaj yang dilaksanakan di Sabah, Sarawak, dan Labuan. Ini terbukti apabila beberapa pergerakan PBS iaitu Pergerakan Wanita PBS yang menyokong dasar kepimpinan PBS yang telah mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian semua terhadap dasar sedia berhubung dengan dasar kabotaj.

Pendirian PBS terhadap dasar kabotaj amatlah jelas dengan menyatakan dasar kabotaj yang dilaksanakan ini tidak menguntungkan rakyat malah menghakis sokongan rakyat. Hasil daripada perjuangan PBS terhadap pelaksanaan dasar kabotaj ini akhirnya mendapat respon yang baik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengumumkan pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa pada 1 Jun 2017 semasa berada di Sandakan pada 7 Mei 2017. Ini membolehkan ketiga-tiga lokasi ini tidak lagi terikat dengan dasar yang dikenakan ke atas aktiviti perkhidmatan perkapalan kargo antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penghapusan dasar ini membolehkan barangan yang diimport Sabah dan Sarawak terus ke negeri terbabit tanpa melalui Pelabuhan Klang setelah menerima berita baik ini. 

Antara tindakan yang dilaksanakan dan sedang dilaksanakan oleh kepimpinan PBS sekarang berhubung dengan dasar kabotaj ini ialah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji dan membincangkan mengenai impikasi pelaksanaan pengecualian dasar kabotaj di Sabah, Sarawak, dan Labuan. Ini membuktikan bahawa PBS sentiasa memperjuangkan pelaksanaan dasar kabotaj selama ini. 

Kekangan yang dihadapi berhubung isu ini ialah terdapat segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana mereka tidak memahami dan ada juga yang sengaja tidak memahami atau memberi pendapat tertentu. Di samping itu, isu ini juga memerlukan kerjasama dari semua pihak untuk duduk berbincang dalam memberi pandangan dan pendapat dalam usaha kerajaan menstabilkan dan mengurangkan tarif perkhidmatan perkapalan kargo. Namun yang jelas ialah kerajaan mempunyai tujuan yang baik dengan pengecualian dasar kabotaj di Sabah, Sarawak, dan Labuan. 

Perjuangan Parti:

bottom of page