Cabaran

CABARAN PARTI

#SejarahPBS 4

Antara cabaran yang dihadapinya beliau adalah berikut:

  • Bersemuka di Mahkamah Tinggi untuk mempertahankan kerusi jawatan Ketua Menteri akibat dari percubaan rampasan kuasa di Istana. Namun kemenangan tetap berpihak kepada PBS, dengan bantuan guaman dari UK, Mr. Anthony Lester, seorang Queen Counsel yang pakar di dalam Undang-undang Perlembagaan.

 

  • Bersemuka dengan perbicaraan di atas tuduhan-tuduhan rasuah yang membabitkan penyambungan kerja kontrak bangunan kedai di Tambunan.

 

  • Tuduhan rasuah berkenaan dengan pembinaan coastal highway, iaitu jalanraya yang baru melintasi tepi pantai dari Lok Kawi melintasi melalui Kinarut, Kawang, Pengalat yang menuju tembus ke Pekan Papar. (Pada hari ini, jalan raya tersebut menjadi jalan utama kepada pengguna-pengguna jalan raya yang datang jauh dari Sarawak, Brunei Darussalam dan dari sebahagian Pantai Barat yang berulang kali ke Kota Kinabalu). Semuanya dinikmati hasil daripada perancangan pembangunan infrastruktur oleh Kerajaan PBS.

Tindakan yang amat menyayat hati ialah, apabila Datuk Parin sebagai Ketua Menteri telah disekat dan ditahan di tengah jalan berhampiran dengan bulatan Likas, ketika Datuk Pairin sedang menuju ke pejabatnya di Yayasan Sabah. Beliau ditahan kerana kononnya telah terlibat dalam tuduhan rasuah dan penyelewengan kuasa. Itulah antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Ketua Menteri dan Presiden PBS pada ketika itu.

Pada Pilihanraya Umum Negeri kali ke-3 iaitu penggal ketiga PBS sebagai pemerintah yang diadakan pada 17 Julai 1990, ternyata sekali bahawa keyakinan rakyat terhadap kerajaan PBS semakin meningkat. PBS telah memenangi 36 kerusi daripada 48 kerusi DUN negeri iaitu penambahan sebanyak dua kerusi daripada 34 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya yang ke kedua.  Kedua-dua kerusi tambahan itu adalah daripada kawasan yang majoritinya pengundi Bumiputra Muslim iaitu kawasan Bengoka yang dimenangi oleh Paul Tom Imbayan dan manakala yang satu lagi adalah DUN Buang Sayang yang menangi oleh Datuk Cladisus Sundang Alex. Kemenangan PBS meningkat kepada 36 kerusi mencerminkan keyakinan terhadap kerajaan PBS. Sudah jelas bahawa tahun 1990 adalah tahun kegemilangan era PBS dengan mempunyai kemenangan 36 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen.

demi cabaran telah berlaku dengan beberapa episod telah berlaku. Ia merupakan cabaran yang amat perit yang perlu dihadapi oleh PBS, khasnya, Ketua Menteri.

PILIHANRAYA UMUM MENGEJUT 1986

Dalam menghadapi cabaran-cabaran ini, timbul pula satu tindakan sekumpulan ADUN untuk bertindak keluar daripada PBS. Perbuatan itu ternyata sekali lagi telah didalangi oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan menjatuhkan pemerintahan PBS pada sepanjang masa. Akibat dari percubaan beberapa ADUN untuk cuba keluar daripada pada parti yang bertujuan mensabotaj dan menjatuhkan Kerajaan, maka Datuk Pairin telah mengambil langkah tindakan berani dan tepat iaitu dengan mengadakan pilihanraya mengejut (snap election), lantas membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 26 Februari 1986. Ini untuk memberi laluan untuk mengadakan pilihanraya umum supaya kembali kepada rakyat dan pengundi untuk memberi mandat kepada kerajaan PBS semula yang hanya berumur sepuluh (10) bulan.

Nyata sekali pihak-pihak pembangkang pada ketika itu tidak berpuas hati dan cuba menghalang pembubaran Dewan Negeri. Malah mereka telah menghasut dengan melakukan perbuatan jenayah. Berikutan peristiwa subuh istana,  mereka telah mengadakan rusuhan, demonstrasi dan meletupkan bom di beberapa  tempat termasuk di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Perbuatan keji ini adalah semata mata untuk bertujuan menghalang pembubaran dewan negeri dan mengharapkan agar pemerintahan Mageran – ala tentera, diwujudkan di Sabah. Berikutan dengan kejadian ini, Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad telah datang ke Kota Kinabalu pada 24 Mac 1986 dan mengemukakan Formula Sabah. Antara lainnya Dr Mahathir telah mencadangkan agar PBS, USNO dan BERJAYA berkongsi kuasa. Namun mesyuarat Majlis Tertinggi PBS rata-rata menolak Formula Sabah tersebut. Pilihannya umum harus diteruskan.

Semasa tunjuk perasaan, demonstrasi berlaku di perjalanan Karamunsing, Mesyuarat Ahli Majilis Tertinggi PBS sedang berjalan di pejabatnya di Wisma Stephens. Apabila Datuk Pairin dimaklumkan oleh pihak keselamatan tentang rusuhan yang sedang berlaku, Datuk Pairin terus segara mengeluarkan kenyataan agar rakyat sekalian harus bertenang, harus mengawal emosi, dan melarang sebarang kumpulan-kumpulan orang dari lain daerah untuk turun ke Kota Kinabalu. Prioriti beliau adalah keamanan dan ketenteraman awam dan tidak menambahburukkan situasi ketika itu. Di dalam dewan mesyuarat itu, Datuk Pairin kelihatan amat sedih dengan berlakunya demonstrasi yang sengaja dianjurkan oleh sekumpulan pemimpin parti politik yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengaku kekalahan dalam pilihanraya. Suasana menjadi senyap sepi dan kelihatan Datuk Presiden menitiskan air mata. Pemimpin-pemimpin parti dan para hadirin dalam dewan turut bersedih dan risau dengan keadaan yang sedang berlaku. Datuk Pairin berkata “Apa sudah terjadi dengan rakyat kita? Namun beliau merayu kepada semua untuk bersabar, bertenang dan mengutamakan keselamatan negeri Sabah. Itulah antara masa-masa cemas pada hari itu, iaitu pada 18 dan 19 April 1986. Namun, dengan cepat keadaan dapat dikawal dan pulih seperti biasa. Apa pun, pilihanraya umum tetap diteruskan.

Pada pilihanraya yang diadakan pada  6 dan 7 Mei 1986, ternyata sekali rakyat negeri Sabah telah yakin dan memberi sokongan yang kuat kepada Kerajaan PBS. PBS diberi mandat yang lebih besar dan kukuh iaitu mendapat 34 kerusi daripada 48 kerusi keseluruhan. Sementara USNO pula hanya mendapat kerusi dan BERJAYA dan SCCP telah ditolak dengan serta merta oleh rakyat jelata yang mana masing-masing hanya mendapat satu kerusi sahaja. PBS juga memenangi beberapa kawasan Parlimen dimana antara lain ialah Datuk Pairin sendiri,  Datuk Radin Malleh, Datuk Michael Asang, Datuk Dr. Osman Menudin, Datuk Kadoh Agundong, mendiang Datuk Maidom Pansai dan ramai lagi.

Sesudah Datuk Pairin mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada kali kedua, PBS meneruskan pentadbiran Kerajaan Negeri, memerintah dan mentadbir untuk kemajuan negeri Sabah. Hari demi hari prestasi pentadbiran PBS semakin bertambah baik. Untuk mengikut arus pembangunan, PBS telah menyertai BN pada 5 Jun 1986 sehinggalah ke pilihanraya umum negeri  pada bulan Julai 1990.

Sementara itu, pemerintahan Kerajaan PBS berjalan lancar dengan memperlihatkan kemajuan ketara di merata negeri ini dari segi infrastruktur, sosial, ekonomi yang kian dinikmati rakyat. Kemajuan kini terus meningkat. Datuk Pairin telah menggariskan pembangunan untuk negeri Sabah. Kerajaan negeri telah meningkatkan pencapaian pembangunan di dalam pelbagai sektor seperti  kemahiran,  pendidikan, industri pelancongan, industri pemakanan bagi mengurangkan pengangguran. Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan elektrik dan air dan lain lain juga dipertingkatkan. Kemajuan pelajaran untuk rakyat Sabah tidak di lupakan oleh PBS. Oleh itu, kerajaan PBS telah membuat permohonan untuk penubuhan sebuah Universiti di negeri Sabah. Permohonan ini telah ditentang oleh pihak pembangkang dengan alasan dan tuduhan bahawa Universiti itu kononnya akan digunakan oleh PBS untuk meracuni pemikiran pelajar, sedangkan Universiti adalah dikawal oleh Kerajaan Persekutuan yang tertakluk di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Malah ada pula pemimpin pembangkang pada ketika itu menarik perhatian Kuala Lumpur di dalam satu persidangan parti mereka agar kerajaan pusat tidak memenuhi tuntutan Kerajaan Negeri di bawa pemerintahan PBS. Isu di sini ialah PBS terlebih terdahulu telah menuntut pembinaan universiti di Sabah. ​

PILIHANRAYA UMUM TAHUN 1990

Dewan Undangan Negeri Sabah telah dibubarkan pada 10 Januari 1994, untuk menjalankan Pilihanraya Umum Negeri. Pada 18-21 Februari 1994, sekali lagi PBS turut bertanding di kesemua kawasan pilihanraya. Namun keputusan itu telah memberikan kemenangan hanya 25 kerusi sahaja daripada 48 kerusi kepada PBS. Dengan adanya enam  kerusi dilantik, PBS dapat menubuh kerajaan dengan majoriti yang tipis.

Setelah UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah tahun 1991, maka mulalah episod perubahan landskap politik di negeri Sabah untuk  selama-lamanya.  Banyak yang diperkatakan beberapa perkara telah berlaku termasuk tuduhan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin (PTI) melalui  pemberian kad pengenalan yang digelar “Projek IC”.  Pemegang Projek IC ini yang dijangka beribu-ribu jumlahnya kemudiannya didaftar sebagai pengundi di dalam daftar pengundi. 

Mementingkan kestabilan politik dan keterangkuman, maka pada 7 April 1993, PBS telah bersetuju untuk menubuhkan  Kerajaan Campuran iaitu di antara PBS dan USNO yang juga panggil PBS plus. Dengan kerajaan campuran tersebut tiga ADUN daripada USNO iaitu Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Abdul Rahim Askhalani dan Datuk Saman Gulam telah menyertai Kabinet Kerajaan Negeri. 

KEMASUKAN UMNO KE SABAH

Walaupun bersama-sama dalam Barisan Nasional, kerajaan PBS tidak mendapat layanan baik daripada kepimpinan Barisan Nasional, seolah-olah ianya sebagai seorang anak tiri kepada  kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh Perdana Menteri,  Dr Mahatir Mohamad.  Maka pada 15 Oktober 1990, PBS telah menarik diri dari Barisan Nasional, iaitu selepas 3 bulan memenangi Pilihanraya Umum Negeri 1990 untuk menghadapi Pilihanraya Parlimen pada tahun itu. 

PBS KELUAR DARI BARISAN NASIONAL

PILIHANRAYA UMUM TAHUN 1994

Namun, berbagai usaha pihak lawan telah dilakukan untuk menjatuhkan Kerajaan PBS. Dengan usaha-usaha mereka, maka bermulalah tindakan beberapa ADUN PBS melompat ke pihak UMNO. Selain itu, beberapa ADUN juga bertindak keluar meninggalkan PBS untuk turut sama menubuhkan parti masing-masing. Tindakan mereka itu, akhirnya PBS telah kehilangan majoriti dan Tan Sri Pairin terpaksa melepaskan jawatannya sebagai  Ketua Menteri. Maka pada 17hb Mac 1994,  Datuk Pairin menyerahkan jawatan Ketua Menteri kepada Tan Sri Hj Sakaran Dandai. Suasana pilu menyelubungi di sekeliling peristiwa itu.  Sesudah Tan Sri Sakaran dan Datuk Pairin bersalaman dan berpelukan mesra dengan menitiskan air mata maka Tan Sri Sakaran menggenggam tangan Datuk Pairin dan membimbing beliau turun bersama dari pejabat Ketua Menteri sehingga ke kereta Datuk Pairin.

Datuk Pairin terus pulang ke rumahnya ditemani dengan pemimpin-pemimpin dan penyokong parti. Sampai di rumahnya, Datuk Pairin menitiskan air mata dan menangis. Siapa tidak kan demikian..? Sesudah Datuk Pairin agak tenang, beliau berkata: Benar, saya menangis, tetapi saya bukan menangis kerana kehilangan jawatan. Saya menangis kerana saya teringat dengan rakyat, saya simpati dengan rakyat yang ditinggalkan oleh orang-orang yang mereka undi dan yang mereka angkat sebagai Yang Berhormat. Itulah senario di ruang tamu rumah Datuk Pairin pada 17 Mac 1994. Begitulah berakhirnya episod PBS dan kita di zaman PBS menerajui Kerajaan Negeri.

Namun demikian, perjuangan PBS tidak berakhir di saat itu. Malah sesudah bertenang, PBS meneruskan perjuangannya dan Datuk Pairin terus memimpin penyokongnya  semua dalam PBS. Walaupun sebagai pembangkang, semangat ahli-ahli PBS terus berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan. Ini kerana ahli-ahli PBS masih sanjung tinggi dan menghormati kepimpinan Datuk Pairin. Tambahan pula dengan adanya semangat ahli-ahli PBS yang tak kenal lelah dan tak mudah patah semangat. 

Datuk Pairin DiHalang Angkat SumpaH, Tidak Di Benarkan Masuk Ke Istana

Walaupun PBS menang pilihanraya pada tahun 1994, namun Presiden PBS, Datuk Pairin, terpaksa menunggu lebih dari 36 jam di pintu pagar masuk ke Istana. Datuk Pairin telah ditemani oleh semua pemimpin dan para penyokong. Pada ketika itu juga, Allahyarham Tun Mustapha Bin Datuk Harun turut datang bersama untuk memberi sokongan kepada Datuk Pairin. Beliau amat marah, sehingga Tun maju ke hadapan pagar dan menggegarkan pintu pagar Istana. Akhirnya, Datuk Pairin dapat memasuki Istana dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri PBS kali ke-4.

PBS Kehilangan Majoriti Akibat Tindakan Lompat Melompat ADUN 

Setelah berada dalam pembangkang selama lima tahun, dan mengambil kira serta mempertimbangkan sentimen dan kehendak penyokong dan ahli-ahli parti, maka PBS atas kebijaksanaan para pemimpin dan pucuk kepimpinan Parti, maka PBS telah diterima balik ke pangkuan Barisan Nasional pada 23 Januari 2002. PBS telah kembali ke arus pentadbiran Kerajaan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat majmuk rakyat Malaysia di Sabah.

Atas Kehendak Rakyat, PBS Menyertai Semula BN